Pages

Tuesday, February 1, 2011

Sejarah Tingkatan Satu | Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

Bab 1
  • Memberi pengertian dan ciri-ciri sejarah
  • Menyatakan sumber-sumber dan kaedah pengkajian sejarah
  • Menerangkan pentafsiran sejarah
  • Menyenaraikan tujuan dan faedah mempelajari sejarah

Bab 2

  • Menyatakan perkembangan Zaman Prasejarah di Malaysia iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam
  • Membandingkan tahap perkembangan Zaman Prasejarah

Bab 3

  • Menerangkan maksud kerajaan argaria dan maritim
  • Memberikan ciri-ciri serta melabel lokasi kerajan tersebut
  • Memerihalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan argaria dan maritim

Bab 4

  • Menerangkan pengasasan Kesultanan Melayu Melaka oleh Parameswara
  • Menceritakan asal usul nama Melaka
  • Menjelaskan kegigihan Parameswara membanungkan Kesultanan Melayu Melaka

Bab 5

  • Menghuraikan sistem Pembesar Empat Lipatan
  • Menyeneraikan faktor yang menyumbang kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan
  • Menjelaskan hubungan luar kerajaan Melaka
  • Menerangkan peranan kerajaan Melaka sebagai pusat pengembangan agama Islam dan kegiatan ilmu
  • Memahami perluasan kuasa kerajaan Melaka

Bab 6

  • Menerangkan faktor kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Melaka

Bab 7

  • Menceritakan usaha-usaha Sultan Mahmud Shah menegakkan semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
  • Menjelaskan pengasasan kerajaan Johor
  • Memahami kegemilangan kerajaan Johor sebagai puast perdagangan dan persuratan Melayu
  • Menerangkan faktor kemerosotan kerajaan Johor

Bab 8

  • Mengumpul maklumat tentang asal usul nama, pembentukan kerajaan, keistimewaan serta keunikan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru

Bab 9

  • Memahami sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri-negeri Melayu
  • Menghuraikan Undang-undang Adat dan Undang-undang Bertulis dalam sistem perundangan negeri-negeri Melayu
  • Menerangkan kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu
  • Memerihalkan kegiatan sosiobudaya masayrakat Melayu tradisional

Bab 10

  • Menerangkan latar belakang sejarah, keadaan masyarakat, kegiatan sosiobudaya dan ekonomi negeri Sarawak

Bab 11

  • Menerangkan latar belakang sejarah, keadaan masyarakat, kegiatan sosiobudaya dan ekonomi negeri Sabah

No comments:

Post a Comment