Pages

Monday, January 28, 2013

Latihan Bab 1: Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

SALIN SOALAN DI DALAM BUKU LATIHAN/NOTA ANDA.

LATIHAN BAB SATU: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

1a. Nyatakan tiga kuasa luar yang mengancam kedaulatan Kedah pada abad ke -18
  b. Pelantikan Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1770 mendapat
      tentangan
i)  Pihak manakah yang menentang pelantikan tersebut?
ii) Mengapakah pihak itu menentang?
 c. Berikan tiga sebab mengapa Francis Light berminat untuk menguasai Pulau Pinang?
 d. Mengapakah Sultan Muhammad Jiwa membatalkan perjanjian dengan Frima Jourdian
     Sullivan and de Souza?

2a. Nyatakan dua syarat yang terkandung dalam Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
  b. Pada tahun 1786, Siam menakluk Pattani dan mengancam Kedah
 i) Apakah tuntutan yang dibuat oleh Sultan Abdullah kepada SHTI?
ii) Apakah reaksi SHTI daripada tuntutan Sultan Kedah itu? Mengapakah tindakan
    itu diambil?
c. Apakah tindakan Sultan Abdullah apabila Francis Light melanggar Perjanjian 1786?
d. Nyatakan dua syarat Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1971

3a. Mengapakah Pulau Pinang gagal menyaingi pelabuhan lain di Kepulauan Melayu?
  b. Nyatakan kedudukan Melaka dan Betawi selepas tamatnya Perang Napoleon.
 c. Raffles telah memaksa seorang pembesar Johor untuk menandatangani perjanjian yang
     membenarkan British membina loji di Singapura
i) Siapakah pembesar yang menandatangai perjanjian tersebut?
ii) Mengapakak Raffles menganggap perjanjian tersebut tidak sah?
 d. Raffles berpendapat bahawa Tengku Hussein akan menyokong tindakkannya hal ini
     kerana _____________
 e. Pertabalan Sultan Hussein menyebabkan kerajaan Johor mempunyai dua orang sultan:
     Sultan Hussein bersemayam di ____________ manakala Sultan Abdul Rahman
     bersemanyam di ____________

No comments:

Post a Comment