Pages

Monday, January 28, 2013

Latihan Bab 5: Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat SBUB

LATIHAN BAB LIMA: KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH

Soalan 1
a.     Sebelum kedatangan pihak Barat, Sabah pernah diperintah oleh dua Kesultanan iaitu?
b.     Melalui piagam kepada SBUB, pihak yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah ialah _________
c.      Pemerintahan SBUB di Sabah diketuai oleh _____i_____ dan dibantu oleh __ii_______
d.     Siapakah yang menjadi ketua pentadbiran di peringkat residensi?
e.     Nyatakan tiga tugas Ketua Anak Negeri.

Soalan 2
a.     Siapakah yang menjadi hakim di Mahkamah Majistret?
b.     Siapakah yang menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri?
c.      Mahkamah manakah yang mengendalikan kes-kes berat seperti kes pembunuhan dan rompakan?
d.     Namakan tiga hasil laut dari Sabah yang mendapat permintaan tinggi di pasaran dunia.
e.     Apakah nama lain kepada pokok sagu?
f.       Apakah tanaman dagangan penting yang mendapat pasaran baik di Belanda dan Amerika Syarikat?
g.     Buruh dari manakah yang dibawa masuk untuk mengusahakan tanaman getah di Sabah?
h.     Seraya, ramin dan kapur boleh dikaitkan dengan perusahaan _____.

Soalan 3
a.     Sekolah latihan bagi Anak-anak Ketua Anak Negeri.
i.        Apakah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah ini?
ii.      Nyatakan dua jawatan yang dikhaskan untuk lulusan sekolah ini.
b.     Mengapakah SBUB tidak menyediakan pendidikan di peringkat menengah?
c.      Siapakah yang menganggotai pasukan ‘Skuad Terbang’?
d.     Apakah nama lama bandar Kota Kinabalu
e.     Elopura adalah nama lama bandar?
f.       Mengapakah Kudat gagal menarik ramai penduduk dan pedagang?

No comments:

Post a Comment