Pages

Saturday, January 26, 2013

Latihan Bab 8: Kerajaan Negeri-negeri Melayu

Nyatakan betul atau salah pada pernyataan berikut. Jawab 15 soalan berikut.

1.       Pada tahun 1777, Raja Long Yunus telah memindahkan ibu kota Kelantan dari Kota Bharu ke Kota Kubang Labu.

2.       Sebelum tahun 1386, nama Terengganu disebut sebagai Ting Ya Nong dan  Teng Ya Nung.

3.       Terengganu adalah antara negeri terawal menerima pengaruh agama Islam.

4.       Orang-orang Jambi memainkan peranan penting dalam membangunkan kerajaan Selangor.

5.       Selangor kaya dengan bijih timah.

6.       Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan luak.

7.       Kemajuan Melaka telah menarik kedatangan orang Bugis dari Sumatera.

8.       Keadaan di Negeri Sembilan kurang aman kerana pengaruh Bugis di Melaka dan Johor.

9.       Raja Melewar berasal dari Pagar Ruyong.

10.   Raja Melewar pergi ke Siak dan Johor untuk mendapatkan keizinan memerintah Negeri Sembilan.

11.   Pada tahun 1773, Raja Melewar ditabalkan sebagai Undang pertama Negeri Sembilan.

12.   Amalan melantik pembesar dari Indonesia tamat selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar.

13.   Dari segi perdagangan, Negeri Sembilan mengeluarkan hasil laut.

14.   Kebanyakan masyarakat Negeri Sembilan terdiri daripada orang Minangkabau.

15.   Keamanan Negeri Sembilan sangat bergantung pada semangat perpaduan dan permuafakatan dalam kalangan pemerintah dan rakyat.

No comments:

Post a Comment