Pages

Monday, January 28, 2013

Latihan Bab 2: Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British


LATIHAN BAB DUA: KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

Soalan 1
  1. Revolusi Perindustrian menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan_____________
  2. Nyatakan dua perkembangan penting berkaitan dengan jalan laut yang merancakkan lagi persaingan kuasa-kuasa barat.
  3. British bimbang dengan kuasa-kuasa barat berikut di Asia Tenggara
    1. Indonesia > _______
    2. Indochina > ______
    3. Filipina > ________
d.      Mengapakah kemenangan Parti Konservatif yang mengambil alih pucuk pimpinan daripada Liberal di England dianggap penting berkaitan dasar campur tangan British?

Soalan 2
  1. Siapakah pembesar Melayu yang membawa masuk orang Cina untuk memajukan pelombongan bijih timah di Larut?
  2. Kemasukan buruh dari China telah mencetuskan pergaduhan sesama mereka sehingga menubuhkan kongsi gelap. Namakan dua kongsi gelap tersebut?
  3. Tuliskan jawatan-jawatan yang perlu disandang oleh bakal sultan dalam sistem pewarisan takhta
  1. Mengapakah Sultan Ismaill tidak menghadiri rundingan di Pulau Pangkor?
  2. Apakah yang berlaku kepada tokoh-tokoh yang berikut selepas Perjanjian Pangkor 1874?
                             i.         Raja Abdullah:____________________________________________
                           ii.         Raja Ismail : ______________________________________________

Soalan 3
  1. Tunku Kudin dilantik oleh Sultan Selangor untuk menamatkan Perang Klang. Mengapakah TunkuKudin tidak diterima oleh pembesar-pembesar di Selangor?
  2. Apakah langkah yang diambil oleh Tunku Kudin apabila tidak mendapat bantuan dari pembesar Selangor?
  3. Berikan dua peristiwa yang dijadikan alasan oleh British untuk mendesak sultan menempatkan seorang Residen British di Selangor?

Soalan 4
a.      Mengapakah Sungai Linggi menjadi rebutan?
b.      Namakan dua pembesar yang terlibat dalam perebutan Sungai Linggi
c.       Siapakah yang menjadi Yang diPertuan Negeri Sembilan.
d.      Siapakah residen British di Sungai Ujong?




1 comment: