LATIHAN BAB LAPAN: SEMANGAT KEBANGSAAN
Soalan 1
a. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat kebangsaan?
b. Nyatakan dua seruan yang dituntut oleh Gerakan Islah?
c. Nyatakan dua tokoh yang mempelopori Gerakan Islah di Timur Tengah?
d. Senaraikan tiga peristiwa atau perkembangan yang berlaku di Asia yang telah menyemarakkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu?
Soalan 2
a. Golongan pelajar Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di Mesir kembali ke tanahair dan memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dinamakan ___________
b. Terdiri daripada ulama dan pegawai agama yang berpegang kuat kepada adat dan agama Islam. Golongan ini dinamakan ________
c. Namakan sebuah akhbar yang diterbitkan oleh ulama yang berpegang kuat kepada adat dan agama Islam.
d. Namakan dua tokoh nasionalis yang berpendidikan Inggeris dan mereka menggunakan peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu.
e. Nyatakan dua peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan
f. Siapakah yang digelar Bapa Kewartawanan Melayu?
Soalan 3
a. Masyarakat kacukan India-Melayu dikenali sebagai __________
b. Masyarakat yang terbentuk hasil perkahwainan antara perantau Cina dengan penduduk bumiputera di Kepulauan Melayu dikenali sebagai _____________
c. Golongan apakah yang menerbitkan Sekolah Melayu dan Taman Pengetahuan?
d. Golongan apakah yang menerbitkan Bintang Timor dan Khabar Uchapan Baru?
e. Novel-novel dan cerpen-cerpen yang diterbitkan sebelum perang Dunia Kedua turut membangkitkan kesedaran kebangsaan. Namakan penulis novel-novel tersebut.
Judul Novel
|
Penulis
|
Hikayat Faridah Hanum
|
i.
|
Putera Gunung Tahan
|
ii.
|
Melor Kuala Lumpur
|
iii.
|
f. Namakan pertubuhan Melayu di Singapura yang memperjuangkan nasib orang Melayu.