Showing posts with label Latihan Tingkatan 1. Show all posts
Showing posts with label Latihan Tingkatan 1. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Latihan Bab 11: Sabah

Nyatakan betul atau salah pada pernyataan berikut.

  1. Amalan undang-undang adat yang diamalkan di Sabah bertujuan untuk menindas kumpulan etnik di Sabah.
  2. Dalam pendidikan tidak formal, kanak-kanak diajar sesuatu kemahiran supaya mereka dapat berdikari apabila dewasa kelak.
  3. Bentuk hukuman iaitu babas, sogit dan kepanansan diamalkan oleh kaum Kadazandusun.
  4. Orang Bajau akan memukul tiang rumah apabila berlaku kematian.
  5. Monogit merupakan upacara memuja semanagt padi semasa menanam dan menuai padi.
  6. Tugas orang tua di Sabah sama sperti tugas seorang penghulu di Semenanjung Malaysia.
  7. Orang Kadazansusun mempercayai Aki Kopuno.
  8. Sistem ketua diwujudkan di Sabah untuk melaksanakan perintah raja.
  9. Tarian Limbai diraikan oleh kumpulan etnik Bajau.
  10. Tarian Magunatip yang ditarikan semasaHari Magavau, iaitu memuja semangat tanah.

Latihan Bab 10: Sawarak

Jawab semua soalan di bawah.

1.       Kerajaan Brunei telah mentadbir Sarawak dengan membahagikan kawasan pemerintahan kepada beberapa unit jajahan yang ditadbir oleh seorang pembesar. Pembesar manakah yang mentadbir kawasan Sungai Kuching?    (Datu Patinggi Ali / Pangeran Mahkota)
2.       Apakah tanggungjawab seorang tuai rumah di Sarawak? (Menetapkan tarikh Hari Gawai / Membekalkan tenaga kerja)
3.       Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan tajau. Apakah kepentingan tajau kepada orang Iban ( Harta simpanan / membezakan status)
4.       Kumpulan etnik manakah yang mengadakan Perayaan Kaul? (Kelabit / Melanau)
5.       Kaum Melanau yang bukan Islam percaya kepada makhluk ghaib yang dikenali sebagai ____ (Bibohizan / Ipok)
6.       Orang Melayu mengamalkan sejenis tradisi iaitu______( bersawah / bergendang)
7.       Apakah petanda yang menyebabkan mereka tidak boleh mendirikan rumah panjang di kawasan tersebut? (Terdapat banyak binatang liar / terdengar bunyi burung ketupung)
8.       Pendudk bumiputera Sarawak menerima pendidikan tidak formal melalui_____ (pengajaran oleh guru agama / cerita lisan berkaitan dengan aktiviti pertanian)
9.       Tarian yang dipersembahkan semasa menyambut Hari Gawai ialah _____ (Tarian Zapin / Tarian Najat)
10.    Kaum yang terkenal sebagai pengeluar beras bario  ialah kaum _____ (Penan / Kelabit)

Latihan Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu

Jawab semua soalan di bahagian A dan bahagian B.

A. Isi tempat kosong di bawah.

  1. Bagaimanakah kedaulatan raja diperkukuhkan (B.Teks m/s: 141)
 i.                    _______________________________________________                               
ii.                  _______________________________________________                               


  1. Nyatakan maksud Tulah (B.Teks m/s:143)__________________________________________                         
  1. Apakah tugas-tugas pembesar jajahan dan daerah? (B.Teks m/s: 143)
i.                    ______________________________                                                                 
ii.                  ________________________________                                                             
iii.                ____________                                                                                                     
iv.                ________________________________________                                             

  1. Nyatakan tugas ketua kampong/ penggawa / penghulu (B.Teks m/s: 144)
i.                    _____________________________                                 
ii.                  __________________                                                     
iii.                ____                                                                                 
iv.                _______                                                                           

  1. Sistem pemilihan dan perlantikan pemimpin dalam Negeri Sembilan mengikut amalan                         . (B.Teks m/s: 146)
  2.  Undang-undang betulis yang terawal ialah                                                     dan                                                      (B.Teks m/s: 149)

Latihan Bab 8: Kerajaan Negeri-negeri Melayu

Nyatakan betul atau salah pada pernyataan berikut. Jawab 15 soalan berikut.

1.       Pada tahun 1777, Raja Long Yunus telah memindahkan ibu kota Kelantan dari Kota Bharu ke Kota Kubang Labu.

2.       Sebelum tahun 1386, nama Terengganu disebut sebagai Ting Ya Nong dan  Teng Ya Nung.

3.       Terengganu adalah antara negeri terawal menerima pengaruh agama Islam.

4.       Orang-orang Jambi memainkan peranan penting dalam membangunkan kerajaan Selangor.

5.       Selangor kaya dengan bijih timah.

6.       Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan luak.

7.       Kemajuan Melaka telah menarik kedatangan orang Bugis dari Sumatera.

8.       Keadaan di Negeri Sembilan kurang aman kerana pengaruh Bugis di Melaka dan Johor.

Latihan Bab 7: Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Jawab 14 soalan berikut.

  1. _________________________ meninggalkan Bentan dan berundur ke Kampa (B.Teks m/s:102)

  1. __________________________ ialah pengasas kerajaan di Tanah Besar Johor (B.Teks m/s: 103)

  1. __________________________bertanggungjawab memperkukuhkan penguasaan Johor terhadap jajahan takluknya (B.Teks m/s: 103)

  1. _____________________ bertanggungjawab mengawal semua pendapatan negara, tadbir istana dan mengawal hamba sultan (B.Teks m/s:103)

  1. ____________________ menjadi utusan Sultan Johor ke Goa berunding dengan Portugis. (B.Teks m/s: 105)

  1. _____________________ menjadikan Acheh sebagai sebuah kuasa yang kuat (B.Teks m/s: 106)

  1. ____________________ menceritakan tentang kesibukan Pelabuhan Riau (B.Teks  m/s: 109)

  1. _________________ dan ________________  merupakan pengarang terkenal Riau abad ke 18  (B.Teks m/s:112)

  1. ____________________ merupakan menantu Laksamana Tun Abdul Jamil yang telah dilantik menjadi Sultan Johor (B.Teks m/s 114)

  1.                                         telah dilantik menjadi Sultan Johor selepas berlakunya peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang. (B.Teks m/s:115)

Latihan Bab 6: Kemerosotan Melaka

Kelemahan Kepimpinan dan Masalah Perpaduan

Arahan: Berdasarkan dialog di bawah, sila jawab soalan-soalan berikut. Jawab 8 soalan berikut.


1. Siapakah yang memfitnah Tun Mutahir?
    ________________________________

2. Siapakah sultan yang memerintah Melaka pada ketika itu?
    ________________________________

3. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang amalan fitnah-memfitnah tersebut?
    _________________________________

4. Bagaimanakah Bendahara Tun Mutahir menjalankan tugasnya?
     ________________________________

5. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tindakan Sultan Melaka tersebut?
    _______________________________________________________________

Latihan Bab 5: Kegemilangan Melaka

Arahan: Nyatakan sama ada pernyataan di bawah betul ataupun salah.

1. Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada pertengahan kurun ke-15.

2. Semenanjung Tanah Melayu terletak di pertengahan laluan perdangan di antara Timur dengan  
    Barat.

3. Melaka dapat menguasai perdagangan di Selat Sunda.

4. Pelabuhan Melaka terlindung daripada tiupan Angin Monsun Barat Daya.

5. Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit-bukau menjadi benteng pertahanan semula jadi.

6. Peranan Syahbandar penting dalam melicinkan urusan perdagangan.

7. Laksamana berperanan menjamin keselamatan pedagang.

8. Kerajaan Melaka menggubal Undang-Undang Laut Melaka untuk melicinkan pentadbiran di
    istana.

9. Pedagang dari India, Tanah Arab dan Pegu dikenakan cukai sebanyak tiga peratus.

10. Bahasa Melayu adalah lingua franca di pelabuhan Melaka.

Friday, January 25, 2013

Latihan Bab 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka

Arahan: Lengkapkan soalan-soalan di bawah berdasarkan jawapan berikut.

perdagangan
tempat penginapan khusus
bekalan air bersih
makanan
membaiki kapal
Siam
Melaka
menjaga keselamatan perairan Melaka
hal ehwal balairung seri
bentara
mempunyai ciri-ciri kepahlawanan
mahir tentang selok-belok Selat Melaka
mempunyai sikap taat setia kepada sultan
membawa alat-alat kebesaran diraja
ufti
China
Laksamana Ying Ching
perlindungan
payung kuning
Laksamana Cheng Ho
cap mohor
sepersalinan pakaian
pengiktirafan China kepada Melaka



Bahagian A: Sistem pemerintahan yang teratur

1. Melantik pembesar yang bertanggungjwab menguruskan ______________________
2. Melantik 40 orang ____________ untuk menjalankan perintah raja.
3. Melantik biduanda kecil untuk ___________________________________.

Bahagian B: Kemudahan pelabuhan

1. Kegiatan _______________ sangat penting bagi Melaka.
2. Parameswara menyediakan kemudahan seperti ______________________, ______________,
    ________________ serta ______________________.

Bahagian C: Bantuan Orang Laut

Latihan Bab 3: Kerajaan Awal di Asia Tenggara

Arahan: Sila jawab 15 soalan berikut. Jawab semua soalan.


1.       

Terdapat dua buah kerajaan Argaria iaitu kerajaan Funan dan kerajaan _______
A.       Angkor       C. Chih Tu
B.       Champa    D. Majapahit 

2.        Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan olehkerajaan agrarian?
I    Berdagang
II   Memburu binatang
III  Menanam padi sawah
IV Memungut hasil laut
A.       I dan II               C . II dan III
B.       I dan IV             D. III dan IV

3.        Mengapakah pembinaan empangan penting keoada kerajaan agraria?
A.       Menadah hujan
B.       Mengawal banjir
C.        Mengairi kawasan pertanian
D.       Membekal sumber makanan

4.        Gambar berikut menunjukkan monument kerajaan yang menjalankan kegiatan pertanian.
Dimanakah lokasi kawasan pertanian utama kerajaan tersebut?


A.       Oc-Eo
B.       Mekong
C.        Tonle Sap
D.       Dataran Korat
5.        Apakah tujuan kerajaan Angkor membina baray?
A.       Menjadi rumahibadat
B.       Meningkatkan pertahanan
C.        Memudahkan perhubungan
D.       Memajukan kegiatan pertanian

6.        Kerajaan Funan berkembang daripada sebuah kerajaan agrarian kepada kepada kerajaan maritim. Apakah faktor perubahan tersebut?
A.       Kestablian politik
B.       Kejayaan pertanian
C.        Kegiatan perdagangan
D.       Kebijaksanaan pemerintah

7.        Bagaimanakah laut dan sungai menjadi penting bagi menjamin kemajuan kerajaan maritim?
A.       Kawasan pertanian
B.       Tumpuan penduduk
C.        Laluan perdagangan
D.       Sumber hasil makanan

8.        Mengapakah kerajaan tersebut mengutamakan kegiatan perdagangan?
Jenis Kerajaan
Contoh Kerajaan
Maritim
·         Srivijaya
·         Kedah Tua

A.       Kekayaan hasil bumi
B.       Wujud pelabuhan penting
C.        Penduduk tinggal di persisiran pantai
D.       Terletak di laluan perdagangan utama

Latihan Bab 2: Zaman Prasejarah di Malaysia

Bahagian A: Zaman Paleolitik

1. Mengikut kajian oleh Universiti Sains Malaysia, Malaysia tidak mengalami Zaman ___________.

2. Nyatakan fungsi perlatan yang berikut.
    a) Alat penetak: _________________________
    b) Alat repihan : ________________________

3. Berikan lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia.
    i___________________
    ii________________
   iii_________________
   iv____________________

4. Apakah kegiatan yang dijalankan oleh masyarakat Zaman Paleolitik?
     i _____________________
     ii____________________
     iii ____________________

 Bahagian B: Zaman Neolitik dan Zaman Logam

Latihan Bab 1 : Sejarah dan Kita




Bahagian A: Gambar menunjukkan peristiwa perayaan Hari Kebangsaan.


1. Mengapakah tarikh 31 Ogos 1957, merupakan tarikh yang sangat bermakna bagi seluruh rakyat 
    Malaysia?
    ____________________________________________________________________________

2. Apakah tanggungjawab generasi muda pada hari ini terhadap negara kita?
    ____________________________________________________________________________

3. Apakah ciri sejarah yang berkaitan dengan peristiwa tersebut?
    ____________________________________________________________________________

Bahagian B: Gambar menunjukkan antara sumber sejarah.