Friday, January 25, 2013

Latihan Bab 3: Kerajaan Awal di Asia Tenggara

Arahan: Sila jawab 15 soalan berikut. Jawab semua soalan.


1.       

Terdapat dua buah kerajaan Argaria iaitu kerajaan Funan dan kerajaan _______
A.       Angkor       C. Chih Tu
B.       Champa    D. Majapahit 

2.        Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan olehkerajaan agrarian?
I    Berdagang
II   Memburu binatang
III  Menanam padi sawah
IV Memungut hasil laut
A.       I dan II               C . II dan III
B.       I dan IV             D. III dan IV

3.        Mengapakah pembinaan empangan penting keoada kerajaan agraria?
A.       Menadah hujan
B.       Mengawal banjir
C.        Mengairi kawasan pertanian
D.       Membekal sumber makanan

4.        Gambar berikut menunjukkan monument kerajaan yang menjalankan kegiatan pertanian.
Dimanakah lokasi kawasan pertanian utama kerajaan tersebut?


A.       Oc-Eo
B.       Mekong
C.        Tonle Sap
D.       Dataran Korat
5.        Apakah tujuan kerajaan Angkor membina baray?
A.       Menjadi rumahibadat
B.       Meningkatkan pertahanan
C.        Memudahkan perhubungan
D.       Memajukan kegiatan pertanian

6.        Kerajaan Funan berkembang daripada sebuah kerajaan agrarian kepada kepada kerajaan maritim. Apakah faktor perubahan tersebut?
A.       Kestablian politik
B.       Kejayaan pertanian
C.        Kegiatan perdagangan
D.       Kebijaksanaan pemerintah

7.        Bagaimanakah laut dan sungai menjadi penting bagi menjamin kemajuan kerajaan maritim?
A.       Kawasan pertanian
B.       Tumpuan penduduk
C.        Laluan perdagangan
D.       Sumber hasil makanan

8.        Mengapakah kerajaan tersebut mengutamakan kegiatan perdagangan?
Jenis Kerajaan
Contoh Kerajaan
Maritim
·         Srivijaya
·         Kedah Tua

A.       Kekayaan hasil bumi
B.       Wujud pelabuhan penting
C.        Penduduk tinggal di persisiran pantai
D.       Terletak di laluan perdagangan utama

9.        Apakah kerajaan yang bioleh dikaitkan dengan senarai berikut.

·  Diasaskan oleh Chu-Lien pada 192 Masihi
·  Raja menerima penmgaruh agama Hindu
·  Pelabuhan terkenal terletak di Inderapura

A.       Champa   C. Majapahit
B.       Chih Tu     D. Kedah Tua

10.        Maklumat berikut menunjukkan istilah yang menggambarkan kebesaran raja kerajaan awal di Asia Tenggara.

Catatan Arab
·         Raja di Gunung
·         Maharaja di Pulau

Apakah kerajaan awal tersebut?
A.       Angkor       C. Majapahit
B.       Srivijaya     D. Kedah Tua

11.        Apakah peranan Palembang dalam kerajaan Srivijaya?
A.       Pusat pertukaran barangan
B.       Wilayah pengeluaran hasil bumi
C.       Tempat pengumpulan hasil pertanian
D.       Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha

12.        Mengapakah kerajaan Srivijaya berusaha menguasi perairan Laut Jawa, Selat Sunda dan Selat Melaka?
A.       Menguasai hasil bumi
B.       Meluaskan jajahan takluk
C.        Menghapuskan serangan lanun
D.       Mengawal perdagangan maritim

13.        Apakah ciri-ciri kerajaan Chih Tu?
I  Menerima pengaruh Hindu
II Mengamalkan sistem pemerintah     
   Beraja
III  Menguasai Selat Melaka, Laut
      Jawa dan Selat Sunda
IV Mencapai kegemilangan semasa
     pemerintahan Raden Wijaya
A.       I dan II     C. II dan III
B.       I dan IV  D. III dan IV

14.        Bagaimanakah anda membuktikan kebenaran pernyataan berikut?

Kerajaan Lembah Bujang dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti oleh agama Hindu
A.       Peninggalan candi
B.       Cara hidup masyarakat
C.        Kedudukan Gunung Jerai
D.       Kegiatan perdagangan

15.        Rajah berikut merujuk kepada pemimpin terkenal dalam kerajaan Majapahit.
Hayam Wuruk
Patih Gajah Mada

Hayam Wuruk
Patih Gajah Mada
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
A.       Mengasaskan kerajaan
B.       Meningkatkan ekonomi pertanian
C.        Memajukan kegiatan perdagangan
D.       Mewujudkan pemerintah yang cekap
 

No comments:

Post a Comment