Thursday, February 12, 2015

Happy Chinese New Year

Dear students

Sorry for i am not being able to be in school for few days. Anyway, Happy Chinese New Year to all.

Much love & respect
Cikgu Fara Azura

Monday, January 28, 2013

Latihan Bab 8: Semangat Kebangsaan

LATIHAN BAB LAPAN: SEMANGAT KEBANGSAAN

Soalan 1
a.     Apakah yang dimaksudkan dengan semangat kebangsaan?
b.     Nyatakan dua seruan yang dituntut oleh Gerakan Islah?
c.      Nyatakan dua tokoh yang mempelopori Gerakan Islah di Timur Tengah?
d.     Senaraikan tiga peristiwa atau perkembangan yang berlaku di Asia yang telah menyemarakkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu?

Soalan 2
a.     Golongan pelajar Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di Mesir kembali ke tanahair dan memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dinamakan ___________
b.     Terdiri daripada ulama dan pegawai agama yang berpegang kuat kepada adat  dan agama Islam. Golongan ini dinamakan ________
c.      Namakan sebuah akhbar yang diterbitkan oleh ulama yang berpegang kuat kepada adat dan agama Islam.
d.     Namakan dua tokoh nasionalis yang berpendidikan Inggeris dan mereka menggunakan peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu.
e.     Nyatakan dua peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan
f.       Siapakah yang digelar Bapa Kewartawanan Melayu?

Soalan 3
a.     Masyarakat kacukan India-Melayu dikenali sebagai __________
b.     Masyarakat yang terbentuk hasil perkahwainan antara perantau Cina dengan penduduk bumiputera di Kepulauan Melayu dikenali sebagai _____________
c.      Golongan apakah yang menerbitkan Sekolah Melayu dan Taman Pengetahuan?
d.     Golongan apakah yang menerbitkan Bintang Timor dan Khabar Uchapan Baru?
e.     Novel-novel dan cerpen-cerpen yang diterbitkan sebelum perang Dunia Kedua turut membangkitkan kesedaran kebangsaan. Namakan penulis novel-novel tersebut.
Judul Novel
Penulis
Hikayat Faridah Hanum
i.
Putera Gunung Tahan
ii.
Melor Kuala Lumpur
iii.

f.       Namakan pertubuhan Melayu di Singapura yang memperjuangkan nasib orang Melayu.

Latihann Bab 7: Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

LATIHAN BAB TUJUH: PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

Soalan 1
a.      Apakah nama perjanjian yang menghendaki Belanda menyerahkan Melaka kepada British?
b.      Apakah larangan yang terdapat dalam Peraturan Penghulu di Naning?
c.       Penduduk Naning dikehendaki membayar cukai sebanyak ____ daripada hasil keluaran pertanian
d.      Nyatakan dua faktor yang menyebabkan Dol Said berjaya mengalahkan pasukan British yang diketuai oleh Kapten Wyllie pada tahun 1831
e.      Pasukan tentera British berjaya mengalahkan Naning pada tahun 1832. Kemenangan tersebut dicapai kerana British mendapat bantuan daripada _________.
f.        Berikan dua bentuk pampasan yang diberikan kepada Dol Said selepas menyerah diri?

Soalan 2
a.      Nyatakan dua faktor yang menyebabkan Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke.
b.      Apakah kejayaan yang mengharumkan Rentap dalam kalangan orang Iban?
c.       Bujang  Timbang dan Bujang Sadok ialah sejenis __________
d.      Siapakah yang membuat pakatan dengan Sharif Masahor untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke?
e.      Di manakah Sharif Masahor dibuang negeri?
f.        Siapakah yang meneruskan perjuangan Sharif Masahor di Sarawak bagi menentang kerajaan Brooke?

Soalan 3
a.      Nyatakan tiga faktor  penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Borneo Utara British
b.      Namakan sebuah daerah yang menjadi rebutan anatra Mat Salleh dan SBUB.
c.       Siapakah yang meneruskan perjuangan Mat Salleh di Sabah?
d.      Antanom berasal daripada suku kaum _______
e.      Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan Antanom dan orang Murut menentang pentadbiran SBUB.
f.        Penentangan Antanom dikenali sebagai kebangkitan ________

Latihan Bab 6: British Mengeksploit Ekonomi

LATIHAN BAB ENAM : BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI

Soalan 1
a.     Mengapakah permintaan terhadap getah meningkat di pasaran dunia?
b.    Namakan sebuah syarikat utama yang menguasai perusahaan getah di negara kita?
c.      Nyatakan tiga faktor yang membawa perkembangan perusahaan getah
d.    Nyatakan dua langkah yang diambil untuk menyelamatkan perusahaan getah di Tanah Melayu.
e.     Apakah cabaran baru pengeluaran getah asli negara selepas Perang Dunia Kedua?

Soalan 2
a.     Lombong emas yang diusahakan di Semenanjung Malaysia ialah di negeri____________
b.    Apakah nama galian yang dkeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah?
c.      Namakan dua kaedah tradisional yang digunakan oleh orang Melayu untuk melombong bijih timah?
d.    Namakan dua kaedah melombong bijih timah yang diperkenalkan oleh orang Cina
e.     Kaedah melombong yang digunakan oleh orang Eropah pada awal kurun ke-20 iaitu kaedah menggunakan _________________

Soalan 3
a.     Berikan tiga ciri sistem ekonomi dagangan
b.    Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu melalui cara ____i_____ manakala orang India melalui cara ____ii______
c.      Apakah kegiatan ekonomi yang melibatkan orang Melayu?
d.    Nyatakan dua perkhidmatan sistem perhubungan yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.
e.     Siapakah tokoh yang membina sebuah terusan di negeri Kedah?

Latihan Bab 5: Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat SBUB

LATIHAN BAB LIMA: KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH

Soalan 1
a.     Sebelum kedatangan pihak Barat, Sabah pernah diperintah oleh dua Kesultanan iaitu?
b.     Melalui piagam kepada SBUB, pihak yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah ialah _________
c.      Pemerintahan SBUB di Sabah diketuai oleh _____i_____ dan dibantu oleh __ii_______
d.     Siapakah yang menjadi ketua pentadbiran di peringkat residensi?
e.     Nyatakan tiga tugas Ketua Anak Negeri.

Soalan 2
a.     Siapakah yang menjadi hakim di Mahkamah Majistret?
b.     Siapakah yang menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri?
c.      Mahkamah manakah yang mengendalikan kes-kes berat seperti kes pembunuhan dan rompakan?
d.     Namakan tiga hasil laut dari Sabah yang mendapat permintaan tinggi di pasaran dunia.
e.     Apakah nama lain kepada pokok sagu?
f.       Apakah tanaman dagangan penting yang mendapat pasaran baik di Belanda dan Amerika Syarikat?
g.     Buruh dari manakah yang dibawa masuk untuk mengusahakan tanaman getah di Sabah?
h.     Seraya, ramin dan kapur boleh dikaitkan dengan perusahaan _____.

Soalan 3
a.     Sekolah latihan bagi Anak-anak Ketua Anak Negeri.
i.        Apakah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah ini?
ii.      Nyatakan dua jawatan yang dikhaskan untuk lulusan sekolah ini.
b.     Mengapakah SBUB tidak menyediakan pendidikan di peringkat menengah?
c.      Siapakah yang menganggotai pasukan ‘Skuad Terbang’?
d.     Apakah nama lama bandar Kota Kinabalu
e.     Elopura adalah nama lama bandar?
f.       Mengapakah Kudat gagal menarik ramai penduduk dan pedagang?

Latihan Bab 4: Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke

LATIHAN BAB EMPAT: KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE

Soalan 1
a.      Berikan 3 sebab mengapa penduduk tempatan menentang pentadbiran  Pangeran Indera Mahkota
b.      Siapakah yang dihantar oleh Sultan Brunei untuk membantu Pangeran Indera Mahkota menamatkan pemberontakan penduduk tempatan?
c.       Apakah janji Pangeran Raja Muda Hashim kepada James Brooke jika dapat menamatkan kebangkitan tersebut?
d.      Nyatakan pemerintah Sarawak
i.                    Sebelum tahun 1841: ______________
ii.                  Tahun 1841 – 1941 : ______________
e.      Namakan dua galian yang berharga di Sarawak

Soalan 2
a.      Apakah sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh James Brooke di Sarawak?
b.      Namakan tiga jawatan pembesar Melayu yang membantu James Brooke mentadbir Sarawak?
c.       Nyatakan dua peranan Majlis Tertinggi
d.      Apakah kandungan terpenting yang terdapat dalam Perlembagaan 1941?
e.      Mengapakah Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan?

Soalan 3
a.      Kaum manakah yang mengusahakan kegiatan melombong emas?
b.      Mengapakah pelombong emas memberontak?
c.       Bandar manakah yang terkenal kerana kegiatan perlombongan petroleum di Sarawak?
d.      Lengkapkan jadual di bawah ini.

Bidang Pekerjaan
Kaum
Polis

Perniagaan kain di Kuching

Pentadbiran

Ketenteraan

Pertanian, perlombongan, perdagangan



e.      Apakah tujuan pemerintahan Brooke mengasingkan kegiatan ekonomi mengikut kaum di Sarawak?

Latihan Bab 3: Negeri-negeri Melayu Utara & Johor Benteng Keselamatan British

LATIHAN BAB TIGA: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA & JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

Soalan 1
a.     Apakah kesan utama terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara selepas termeterainya Perjanjian Bangkok?
b.     Nyatakan tiga langkah yang diambil oleh Tunku Muhamud, anggota Majlis Mesyuarat Negeri untuk mengekalkan identiti negeri Kedah
c.      George Maxwell mencadangkan beberapa perkara untuk menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah. Nyatakan dua cadangan tersebut.
d.     Sultan Zainal Abidin III telah menggubal Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganur pada tahun 1911. Apakah tujuan undang-undang ini digubal?
e.     Nyatakan dua kandungan yang terdapat dalam Undang-undang Tubuh berkenaan.

Soalan 2
a.     Siapakah yang memperkenalkan Sistem Kangcu?
b.     Apakah dokumen yang membenarkan pelaksaaan Sistem Kangcu
c.      Namakan dua jenis tanaman yang diusahakan dalam Sistem Kangcu

Soalan 3
a.     Siapakah yang digelar “Bapa Pemodenan Johor”?
b.     Nyatakan sumbangan Dato’ Jaafar bin Muhammad dalam bidang-bidang yang berikut:
                    i.            Pakaian rasmi: _______________________________________
                  ii.            Bendera Union Jack :___________________________________
                iii.            Bahasa Melayu : ______________________________________
c.      Namakan tokoh-tokoh di bawah ini
                          i.      Siapakah yang berperanan mengawal hal ehwal hubungan luar negeri Johor?
                        ii.      Siapakah yang melukis peta pembangunan Johor?
                      iii.      Siapakah yang mendapat gelaran ‘Bapa Pendidikan Melayu Johor’?
                     iv.      Siapakah yang mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi Johor?