Monday, January 28, 2013

Latihann Bab 7: Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

LATIHAN BAB TUJUH: PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

Soalan 1
a.      Apakah nama perjanjian yang menghendaki Belanda menyerahkan Melaka kepada British?
b.      Apakah larangan yang terdapat dalam Peraturan Penghulu di Naning?
c.       Penduduk Naning dikehendaki membayar cukai sebanyak ____ daripada hasil keluaran pertanian
d.      Nyatakan dua faktor yang menyebabkan Dol Said berjaya mengalahkan pasukan British yang diketuai oleh Kapten Wyllie pada tahun 1831
e.      Pasukan tentera British berjaya mengalahkan Naning pada tahun 1832. Kemenangan tersebut dicapai kerana British mendapat bantuan daripada _________.
f.        Berikan dua bentuk pampasan yang diberikan kepada Dol Said selepas menyerah diri?

Soalan 2
a.      Nyatakan dua faktor yang menyebabkan Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke.
b.      Apakah kejayaan yang mengharumkan Rentap dalam kalangan orang Iban?
c.       Bujang  Timbang dan Bujang Sadok ialah sejenis __________
d.      Siapakah yang membuat pakatan dengan Sharif Masahor untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke?
e.      Di manakah Sharif Masahor dibuang negeri?
f.        Siapakah yang meneruskan perjuangan Sharif Masahor di Sarawak bagi menentang kerajaan Brooke?

Soalan 3
a.      Nyatakan tiga faktor  penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Borneo Utara British
b.      Namakan sebuah daerah yang menjadi rebutan anatra Mat Salleh dan SBUB.
c.       Siapakah yang meneruskan perjuangan Mat Salleh di Sabah?
d.      Antanom berasal daripada suku kaum _______
e.      Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan Antanom dan orang Murut menentang pentadbiran SBUB.
f.        Penentangan Antanom dikenali sebagai kebangkitan ________

No comments:

Post a Comment