Monday, January 28, 2013

Latihan Bab 6: British Mengeksploit Ekonomi

LATIHAN BAB ENAM : BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI

Soalan 1
a.     Mengapakah permintaan terhadap getah meningkat di pasaran dunia?
b.    Namakan sebuah syarikat utama yang menguasai perusahaan getah di negara kita?
c.      Nyatakan tiga faktor yang membawa perkembangan perusahaan getah
d.    Nyatakan dua langkah yang diambil untuk menyelamatkan perusahaan getah di Tanah Melayu.
e.     Apakah cabaran baru pengeluaran getah asli negara selepas Perang Dunia Kedua?

Soalan 2
a.     Lombong emas yang diusahakan di Semenanjung Malaysia ialah di negeri____________
b.    Apakah nama galian yang dkeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah?
c.      Namakan dua kaedah tradisional yang digunakan oleh orang Melayu untuk melombong bijih timah?
d.    Namakan dua kaedah melombong bijih timah yang diperkenalkan oleh orang Cina
e.     Kaedah melombong yang digunakan oleh orang Eropah pada awal kurun ke-20 iaitu kaedah menggunakan _________________

Soalan 3
a.     Berikan tiga ciri sistem ekonomi dagangan
b.    Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu melalui cara ____i_____ manakala orang India melalui cara ____ii______
c.      Apakah kegiatan ekonomi yang melibatkan orang Melayu?
d.    Nyatakan dua perkhidmatan sistem perhubungan yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.
e.     Siapakah tokoh yang membina sebuah terusan di negeri Kedah?

No comments:

Post a Comment